Pemacu Pencetak Canon UFR II/UFRII LT/LIPSLX/CARPS2 V4
Versi 5.5
Maklumat Tambahan
Sebelum menggunakan perisian ini, pastikan anda membaca PERJANJIAN LESEN PERISIAN CANON yang dipaparkan semasa pemasangan. Anda juga boleh menyemak PERJANJIAN LESEN PERISIAN CANON (EULA_MS.rtf) dalam folder [License] dalam folder pemasangan.
Sebelum Menggunakan Pemacu Pencetak
"Pemacu Pencetak Canon UFR II/UFRII LT/LIPSLX/CARPS2 V4" membolehkan anda memaparkan skrin tetapan cetak bagi pemacu yang menyokong aplikasi Windows Store dan aplikasi desktop serta menggunakan fungsi pencetakan peranti Canon.
Pemacu pencetak boleh digunakan dalam persekitaran sistem berikut:
Perisian Sistem Pengendalian
Microsoft Windows 10 atau terkini
Microsoft Windows 8.1 atau terkini
Microsoft Windows Server 2012 R2 atau terkini
NOTA
|
Microsoft Windows 10, hanya berfungsi pada komputer desktop.
|
Komputer
Komputer yang dijamin dapat berfungsi dengan sistem pengendalian di atas
3. Memasang Pemacu Pencetak
Rujuk "UFR II/UFRII LT/LIPSLX/CARPS2 V4 Panduan Pemasangan Pemacu Pencetak" dalam fail pemacu yang ditetapkan untuk mendapatkan butiran tentang prosedur pemasangan. Anda juga boleh memuat turun panduan pemasangan dari laman web Canon (http://canon.com/).
Untuk amaran mengenai pemasangan, rujuk "Semasa Menggunakan Pemacu Pencetak" > "2. Langkah berjaga-jaga, Pengehadan dan Sekatan" > "
Langkah berjaga-jaga, Pengehadan dan Sekatan Semasa Memasang".
Semasa Menggunakan Pemacu Pencetak
1. Cara Mengkonfigurasi Tetapan Cetak
Pemacu pencetak disediakan dengan pelbagai fungsi tetapan pencetak. Tetapan ini boleh digunakan dengan mengikut prosedur di bawah.
Semasa mengkonfigurasi dari [Peranti dan Pencetak] (akses pentadbir pencetak diperlukan)
Tetapan yang dikonfigurasi di sini digunakan setiap kali anda mencetak. Untuk menggunakan tetapan pada masa mencetak, lihat "
Semasa mengkonfigurasi dari aplikasi" di bawah.
1. Paparkan [Peranti dan Pencetak].
Paparkan [Peranti dan Pencetak] dengan memaparkan bar butang capaian di sebelah kanan desktop dan memilih [Seting] > [Panel Kawalan] > [Lihat peranti dan pencetak]. Untuk Windows 10, paparkan [Peranti dan Pencetak] dengan memilih [Seting] > [Peranti] > [Pencetak dan pengimbas] > [Tetapan berkaitan].
2. Selepas memilih ikon yang sepadan dengan nama pencetak, klik kanan ikon dan pilih [Keutamaan cetakan] dari menu yang dipaparkan.
3. Dalam skrin pemacu pencetak yang dipaparkan, paparkan helaian [Sokongan/Peranti] → klik [Tetapan Peranti].
4. Konfigurasikan tetapan yang berkaitan dengan pilihan pencetak.
5. Selepas anda menyelesaikan tetapan, klik [OK].
6. Selepas sekali lagi memilih ikon yang sepadan dengan nama pencetak, klik kanan ikon dan pilih [Keutamaan cetakan] dari menu yang dipaparkan.
7. Dalam skrin pemacu pencetak yang dipaparkan, konfigurasikan tetapan lalai untuk setiap dokumen (tetapan lalai apabila mengkonfigurasi tetapan cetak dari aplikasi).
8. Apabila selesai, klik [OK].
Semasa mengkonfigurasi dari aplikasi
Tetapan yang dikonfigurasi di sini hanya digunakan pada masa anda mencetak. Tetapan ini tidak disimpan apabila aplikasi ditutup.
1. Klik arahan Cetak untuk memaparkan kotak dialog [Cetak].
2. Dalam kotak dialog [Cetak], pilih pencetak yang anda gunakan dan klik [Sifat] (atau [Sifat Pencetak]).
3. Dalam skrin pemacu pencetak yang dipaparkan, konfigurasikan tetapan cetak yang diperlukan.
4. Apabila selesai, klik [OK].
2. Langkah berjaga-jaga, Pengehadan dan Sekatan
Semasa menggunakan pemacu pencetak, sekatan berikut dikenakan. Sila baca terlebih dahulu.
Langkah berjaga-jaga, Pengehadan dan Sekatan Semasa Memasang
Jika anda menukar hak pengguna pada komputer yang anda gunakan apabila memasang, pemacu mungkin tidak dipasang dengan betul. Jika ini berlaku, log masuk sekali lagi dengan keistimewaan Pentadbir dan pasang semula pemacu.
Bergantung pada tetapan rangkaian Windows anda, anda mungkin tidak dapat menemui peranti. Jika ini berlaku, ubah tetapan rangkaian menurut prosedur berikut.
Dalam Windows 10
Pilih [Seting] → klik ikon yang dipaparkan dalam kaedah sambungan kepada rangkaian semasa dalam [Rangkaian dan Internet] → dayakan [Jadikan PC ini boleh ditemui].
Dalam Windows 8.1/Server 2012 R2
(1) Dari skrin [Desktop], paparkan bar butang capaian → pilih [Seting] > [Tukar seting PC] > [Rangkaian].
(2) Klik ikon yang dipaparkan dalam kaedah sambungan kepada rangkaian semasa dalam → dayakan [Cari peranti dan kandungan].
Untuk komputer yang merupakan ahli domain, tetapan di atas mungkin tidak dipaparkan.
Jika anda menyambung pemacu pencetak menggunakan fungsi pasang dan pakai dengan USB atau port WSD yang ditentukan, bergantung pada model pencetak yang anda gunakan, pemilihan fungsi PDL (PnP) pada peranti mesti ditetapkan terlebih dahulu. Jika anda tidak boleh memilih "V4" untuk [Pemilihan PDL (Pasang dan Main)] pada peranti, pilih "XPS".
Untuk menggunakan pemacu pencetak ini, perisian tegar pencetak perlu dikemas kini ke versi terbaru. Untuk butiran, hubungi pusat sokongan.
Semasa anda menulis ganti kemas kini atau menyahpasang pemacu pencetak, fail pemacu pencetak mungkin dikunci oleh Windows supaya anda tidak boleh mengemas kini atau menyahpasangnya. Untuk menyelesaikan masalah ini, mulakan semula komputer, kemudian kemas kini atau padam pemacu pencetak. Untuk butiran, rujuk Artikel Sokongan Microsoft KB940523 (http://support.microsoft.com/kb/940523/).
Jika pemacu pencetak (atau pemacu faks) dan pemacu pengimbas serasi USB tidak dipasang, peranti disambungkan melalui USB dikenal pasti sebagai perkakasan baharu dan operasi pemacu tidak akan terjejas walaupun perkara berikut mungkin berlaku.
Windows 8.1/10: Pencetak yang relevan dalam folder [Peranti dan Pencetak] berada dalam keadaan amaran.
Pemacu masih boleh beroperasi dalam keadaan ini. Untuk mengelakkan fenomena ini, pasang pemacu pengimbas serasi USB (Color Network ScanGear 2 USB). Untuk arahan mengenai cara memasang pemacu pengimbas, lihat fail readme yang disediakan bersama pemacu.
Dalam pemacu pencetak ini, terdapat fungsi untuk secara automatik mendapatkan maklumat konfigurasi peranti yang bersambung semasa pemasangan. Untuk memperoleh maklumat konfigurasi secara automatik, anda mesti mengkonfigurasi tetapan berikut pada panel kawalan peranti sebelum pemasangan.
Port WSD
Dalam pencetakan WSD untuk [Rangkaian], tetapkan [Guna Pelayaran WSD] kepada HIDUP.
Port TCP/IP
Dalam tetapan SNMP untuk [Rangkaian], tetapkan [Mproleh Mklmt Pngurusn\nPcetak dri Hos] kepada HIDUP.
Jika maklumat konfigurasi peranti tidak boleh diperoleh dengan betul semasa pemasangan dan tidak ditunjukkan dalam pemacu pencetak, laksanakan prosedur berikut.
(1) Pada panel kawalan peranti, hidupkan [Guna Pelayaran WSD].
(2) Dalam helaian [Sokongan/Peranti] bagi skrin tetapan cetak pemacu pencetak ini, klik [Tetapan Peranti].
(3) Dalam helaian [Tetapan Peranti], klik [Mendapatkan Semula Maklumat Peranti].
Item dalam helaian [Tetapan Peranti] dikemas kini dengan maklumat yang diperoleh.
Jika maklumat tidak boleh diperoleh, tetapkan setiap item secara manual.
Jika dihubungkan dengan port TCP/IP, mungkin terdapat kes apabila maklumat konfigurasi bagi peranti berganda tidak boleh diperoleh secara automatik. Jika demikian, sambung menggunakan port WSD atau klik [Mendapatkan Semula Maklumat Peranti] dalam helaian [Tetapan Peranti] untuk memperoleh maklumat konfigurasi.
Jika anda mengaitkan pemacu pencetak ini apabila memasang dengan port ke pemacu pencetak lain yang telah dikaitkan, maklumat konfigurasi peranti mungkin tidak lagi dapat diperoleh dengan betul. Jika demikian, tukar pemacu yang dikaitkan dengan port ke satu model pencetak sahaja bagi pemacu pencetak ini.
Apabila mengemas kini versi pemacu pencetak untuk model pencetak yang sama menggunakan fail inf, tetapan pemacu tidak dipindahkan apabila anda memilih [Gantikan pemacu semasa] dan melaksanakan pemasangan tulis ganti. Konfigurasikan peranti dan tetapan cetak sekali lagi selepas pemasangan. Tetapan mungkin tidak berfungsi dengan betul walaupun ia kelihatan telah dipindahkan dengan betul, oleh itu pastikan anda mengklik [OK] selepas mengkonfigurasikannya dalam helaian [Tetapan Peranti] dan skrin tetapan cetak untuk mengemaskinikannya.
Peranti yang sepadan dengan persekitaran bahasa komputer yang anda gunakan dipaparkan dalam [Senarai Pencetak] pemasang. Jika persekitaran bahasa komputer dan peranti yang anda gunakan berbeza, pilih [Paparkan pencetak LIPSLX/CARPS2] dalam pemasang.
Anda boleh menggunakan ruang, aksara khas dan nama panjang apabila memasukkan nama pencetak semasa pemasangan atau apabila mengubah nama pencetak dalam folder pencetak. Namun, dalam aplikasi, nama pencetak yang melebihi 32 aksara atau menggunakan aksara khas mungkin tidak dicam, bergantung pada aplikasi. Selain itu, semasa berkongsi pencetak, nama yang melebihi 32 aksara atau aksara khas mungkin menyebabkan masalah yang tidak dijangka. Untuk butiran, rujuk Sokongan Online Microsoft, KB240082 (http://support.microsoft.com/kb/240082/), KB878514 (http://support.microsoft.com/kb/878514/) dan KB2444599 (http://support.microsoft.com/kb/2444599/).
Jika anda menggunakan Server Core dalam sistem pengendalian Windows Server, gunakan fungsi pemasangan sistem pengendalian. Anda tidak boleh menggunakan pemasang pemacu pencetak.
Langkah berjaga-jaga, Pengehadan dan Sekatan Semasa Mencetak
Pemacu pencetak ini adalah untuk mencetak daripada aplikasi yang mencetak menggunakan XPS. Walaupun ia juga boleh mencetak daripada aplikasi yang mencetak menggunakan GDI lebih lama (Microsoft Office dll.), ralat persembahan mungkin berlaku akibat masalah yang timbul daripada fungsi serasi. Masalah ini berlaku apabila Windows menukar data dan ralat persembahan yang sama mungkin berlaku semasa mencetak ke "Microsoft XPS Document Writer".
Apabila menggunakan Tunjuk dan Cetak (dengan pemacu pencetak kongsi pada pelayan cetakan), jika nama pengguna dan kata laluan yang didaftarkan dalam pelayan cetakan tidak padan dengan nama pengguna dan kata laluan log masuk bagi komputer yang anda gunakan untuk mencetak, pemacu pencetak tidak akan beroperasi dengan betul. Walaupun nama pengguna dan kata laluan sudah padan dan tidak menyebabkan masalah dalam persekitaran domain, ia mesti dibuat untuk padan dalam persekitaran Kumpulan kerja.
Sejurus selepas pemasangan pemacu pencetak (termasuk naik taraf), sesetengah aplikasi mungkin tidak dapat mengecam bahawa pemacu pencetak telah dipasang dan mungkin berlaku ralat pengendalian seperti tetapan cetak tidak berfungsi. Jika ini berlaku, keluar dari Windows dan mula semula.
Jika dokumen dengan halaman nombor ganjil dicetak dari aplikasi dengan pencetakan dua muka dipilih, halaman kosong mungkin dimasukkan secara automatik untuk menyesuaikan bilangan halaman menjadi nombor genap, bergantung pada aplikasi. Jika ini berlaku, halaman kosong yang dimasukkan oleh aplikasi akan dimasukkan dalam kiraan halaman.
Apabila anda menetapkan kolat dalam pemacu pencetak, jika terdapat aplikasi yang kolat boleh ditetapkan, tetapan kolat bagi aplikasi itu diutamakan. Walaupun anda membuka pemacu pencetak dari folder pencetak untuk menentukan tetapan kolat, tetapan aplikasi itu diutamakan.
Contohnya, output dokumen daripada Microsoft Word yang menggunakan tetapan yang juga wujud dalam pemacu pencetak akan dicetak dengan tetapan aplikasi yang akan diutamakan berbanding tetapan pemacu pencetak. Untuk butiran, rujuk Artikel Sokongan Microsoft KB940033 (http://support.microsoft.com/kb/940033/).
Apabila pencetak dikonfigurasi dengan port WSD, cetak selepas mengesahkan bahawa Windows Firewall ditetapkan bagi membenarkan komunikasi oleh WSD. Jika komunikasi oleh WSD tidak dibenarkan, operasi pemacu pencetak mungkin menjadi tidak stabil.
Jika anda melakukan skala cetakan dengan mengubah saiz kertas output, menentukan nisbah pembesaran, mengubah tataletak halaman atau pencetakan buku kecil, hasil cetakan mungkin berubah seperti perubahan saiz margin atau sela, jurang atau jaluran dimasukkan, garisan dipadam, dll.
Walaupun 5 mm telah ditentukan untuk margin dalam aplikasi, imej yang dekat dengan margin mungkin tidak dicetak. Selain itu, bergantung pada tetapan cetak, imej yang biasanya tidak dipotong walaupun dekat dengan margin mungkin dipotong semasa mencetak.
Bergantung pada aplikasi, mungkin terjadi kes seperti garisan yang dicetak pada sudut dekat pada bahagian mendatar tidak boleh dicetak dengan betul. Dalam kes ini, keadaan boleh diperbaik dengan menetapkan helaian [Sokongan/Peranti] > [Penyelesaian masalah] > [Cetak garisan pepenjuru pada kelajuan tinggi] hingga [Mati].
Jika anda memilih [Kolat] dalam kotak dialog [Cetak] dalam Microsoft Excel dan mencetak berbilang salinan atau menentukan [Seluruh buku kerja] untuk mencetak semua lembaran kerja dengan tetapan cetak yang berbeza, anda mungkin tidak mendapat hasil cetak yang dikehendaki untuk pencetakan 2 muka dan N-up. Juga, jika anda mencetak menggunakan Pengurusan ID Jabatan (Kerja Perakaunan), kotak dialog pengesahan mungkin dipaparkan beberapa kali.
Jika anda menggunakan Microsoft Excel dan anda memilih [Seluruh buku kerja] dalam kotak dialog cetak apabila mencetak, buat demikian dengan lembaran kerja yang pertama dipilih. Jika anda berbuat demikian dengan lembaran kerja selain daripada lembaran kerja yang pertama dipilih, tetapan yang berkaitan dengan output halaman seperti kolat mungkin dinyahdayakan. Untuk butiran, rujuk Artikel Sokongan Microsoft KB2526211 (http://support.microsoft.com/kb/2526211/).
Bergantung pada aplikasi, garisan yang lebarnya telah ditetapkan pada kurang daripada 1 mata boleh dicetak sebagai garisan lebar 1 mata.
Jika data disimpan dengan unit ditetapkan kepada inci, data mungkin tidak disimpan dengan betul. Ini adalah kerana data disimpan dalam pemacu pencetak dalam mikron (mikrometer) yang menyebabkan ralat pembundaran semasa pengiraan unit penukaran.
Sekiranya data dicetak mempunyai warna lut sinar, warna asas bagi bahagian lut sinar mungkin berbeza.
Dalam data dicetak yang dicipta dalam aplikasi, sekiranya titik mula dan titik akhir garisan melengkung adalah sama, sedikit jurang mungkin berlaku dalam hasil yang dicetak akibat ralat.
Bagi sesetengah pencetak yang konfigurasinya tidak membenarkan penggunaan dulang pelbagai guna, jika anda menentukan saiz kertas yang hanya boleh dibekalkan dari dulang pelbagai guna seperti sampul surat, pencetakan tidak boleh dilaksanakan dan ralat boleh berlaku di pencetak. Jika ini berlaku, pilih saiz kertas yang boleh dibekalkan dari laci.
Apabila anda mengubah tetapan cetak dari skrin pemacu pencetak dalam Microsoft Office, pilihan yang biasanya tersedia dalam skrin tetapan cetak Microsoft Office mungkin tidak dipaparkan atau mungkin dikelabukan dan tidak boleh dipilih. Ini adalah kerana Microsoft Office mengawal tetapan cetak apabila aplikasi bermula atau tetapan pencetak apabila bertukar pencetak, jadi tetapan ini tidak dipaparkan atau dikelabukan. Untuk menyelesaikan masalah ini, tutup Microsoft Office, ubah tetapan cetak lalai dalam pemacu pencetak dari folder pencetak dan mulakan semula Microsoft Office. Untuk butiran, rujuk Artikel Sokongan Microsoft KB983111 (http://support.microsoft.com/kb/983111/).
Jika anda mengubah nama akaun dengan mengklik [Tukar nama akaun anda] dalam [Akaun Pengguna] dalam [Panel Kawalan], tetapan bagi [Nama log masuk] dalam helaian [Tetapan Peranti] > [Nama Pengguna Lalai] > [Nama untuk Digunakan] tidak berubah. [Nama log masuk] ini dikaitkan dengan nama pengguna dalam Windows dan berbeza daripada nama akaun. Nama pengguna Windows diubah dari [Pengurusan Komputer] dalam [Alat Pentadbiran] di bawah [Sistem dan Keselamatan] dalam [Panel Kawalan]. Apabila menggunakan komputer dalam persekitaran domain, anda mesti menghubungi pentadbir sistem.
Jika pencetak dikonfigurasikan dengan port WSD, sekiranya anda cuba untuk memaksa pencetakan dengan ID dan kata laluan yang salah ketika [Pengurusan ID Jabatan] aktif, pencetak mungkin berhenti dan tidak lagi mencetak selepas itu. Anda boleh meneruskan pencetakan dengan memulakan semula pencetak.
Jika imej di dalam halaman berada dalam format RGB, imej tersebut dikira sebagai data warna walaupun imej hitam dan putih.
Bergantung pada data yang anda cetak, warna pada bahagian teks atau grafik mungkin berubah. Jika ini berlaku, hasil boleh diperbaik dengan mengkonfigurasi semua tetapan [Tetapan Sepadan] > [Kaedah Sepadan], [Tetapan Terperinci untuk Kualiti] > [Pampasan kelabu] dan tetapan hafton dalam helaian [Kualiti] kepada nilai yang sama. Hasil juga boleh diperbaik secara serupa dengan memilih [Cetakan Berdasarkan Kandungan] > [Seragam].
Bergantung pada data yang dicetak, hasil persembahan yang betul mungkin tidak dapat dicapai. Jika ini berlaku, menetapkan helaian [Sokongan/Peranti] > [Penyelesaian masalah] > [Mod grafik] kepada [Mod raster] boleh meningkatkan hasil.
Jika saiz kertas yang menyokong pencetakan 2 muka (contohnya A4) dan saiz kertas yang tidak menyokong pencetakan 2 muka (seperti sampul surat) terkandung dalam satu dokumen tunggal, posisi sela yang diberikan di bahagian depan dan belakang kertas mungkin berbeza. Dalam kes ini, cetak secara berasingan halaman yang menyokong pencetakan 2 muka dan halaman yang tidak menyokong pencetakan 2 muka.
Item di bawah [Bentuk Ke Tugasan Dulang] dipaparkan daripada helaian [Sifat Pencetak] > [Seting peranti] tidak berfungsi. Akibatnya, [Kertas tersedia] yang dipaparkan dalam helaian [Sifat Pencetak] > [Am] turut tidak dipaparkan dengan betul.
Jika anda menggunakan pencetak kongsi dan sambungan ke pencetak adalah melalui USB, pembatalan kerja tidak boleh dibuat.
Tetapan cetak dipaparkan dalam aplikasi yang digunakan dari desktop (Microsoft Office dll.) dan tetapan cetak dipaparkan dalam aplikasi Windows Store dan aplikasi Windows (Mel, Foto, Pembaca, dll.) mungkin berbeza. Fungsi ini terhad kerana disediakan oleh Windows.
Nama dalam [Saiz Kertas] dipaparkan dalam aplikasi yang digunakan dari desktop (Microsoft Office dll.) dan [Saiz Kertas] dipaparkan dalam aplikasi Windows Store dan aplikasi Windows (Mel, Foto, Pembaca, dll.) mungkin berbeza. Fungsi ini terhad kerana disediakan oleh Windows.
Microsoft PowerPoint melakukan pencetakan mengikut nilai tetapan warna bagi tetapan cetak. Jika anda menentukan [Hitam Putih Tulen] dalam tetapan warna untuk PowerPoint, dokumen akan dicetak dalam skala kelabu dalam pemacu pencetak ini. Juga, anda tidak boleh menentukan [Warna] dalam tetapan warna dan mencetak dalam warna hitam dan putih. Ini kerana [Hitam & Putih] dalam pemacu pencetak dan [Skala Kelabu] dalam PowerPoint, dan [Warna] dalam pemacu pencetak dan [Warna] dalam PowerPoint masing-masing dikaitkan satu sama lain. Anda boleh memutuskan hubungan dengan pemacu pencetak dengan mengubah tetapan pendaftaran PowerPoint. Untuk butiran, lihat artikel KB2885877 dalam Sokongan Online Microsoft (http://support.microsoft.com/kb/2885877/).
Mungkin terjadi kes seperti mesej "Tidak dapat mencetak" dipaparkan dan dokumen tidak boleh dicetak apabila cuba untuk mencetak dari aplikasi Windows Store atau aplikasi Windows (Mel, Foto, Pembaca, dll.) Ini mungkin berlaku apabila memori tidak mencukupi atau pemacu paparan tidak menyokong aplikasi Windows Store atau aplikasi Windows. Kes sebegini boleh diperbaik dengan menggunakan komputer yang dijamin dapat berfungsi dengan sistem pengendalian yang anda gunakan.
Apabila mengkonfigurasi tetapan peranti yang menyokong fungsi pencetak lanjut, gunakan helaian [Tetapan Peranti] yang dipaparkan apabila anda klik [Tetapan Peranti] dalam helaian [Sokongan/Peranti] skrin tetapan cetak bagi pemacu pencetak. Jangan gunakan helaian [Sifat Pencetak] > [Seting peranti]. Selain itu, selepas mengkonfigurasi tetapan dalam helaian [Tetapan Peranti] dan menutup helaian [Sifat Pencetak] dengan mengklik [OK], terdapat beberapa kes seperti tetapan yang dikonfigurasikan dalam helaian [Tetapan Peranti] pada skrin tetapan cetak pemacu mungkin tidak digunakan.
Dalam persekitaran pencetak kongsi (tunjuk dan cetak), skrin tetapan cetak Windows standard mungkin dipaparkan walaupun untuk peranti yang menyokong fungsi pencetak lanjut. Jika ini berlaku, keadaan boleh diperbaik dengan memasang pemacu pencetak ini dalam komputer klien.
Apabila menggunakan fungsi [Pencetakan Selamat] atau [Pengurusan ID Jabatan], tetapkan nama pengguna, ID jabatan dan kata laluan sebelum mencetak. Anda tidak boleh menetapkan fungsi ini semasa mencetak.
Skrin tetapan cetak untuk fungsi pencetak lanjut mungkin dipaparkan di bawah tetingkap lain. Jika begitu, alihkan tetingkap yang lain supaya skrin tetapan cetak dipaparkan.
Apabila anda mengkonfigurasi tetapan cetak dari skrin tetapan cetak Windows standard atau sesuatu aplikasi, fungsi yang tidak disokong oleh peranti yang anda gunakan dan fungsi yang tidak boleh ditetapkan pada masa yang sama akan dipaparkan. Untuk menyelesaikan masalah ini, gunakan skrin tetapan cetak untuk fungsi pencetak lanjut.
Jika anda memilih saiz kertas tersuai yang saiznya sama dengan saiz kertas standard, beberapa tetapan cetak tidak boleh dikonfigurasikan pada masa yang sama seperti saiz kertas standard. Untuk menyelesaikan masalah ini, ubah saiz kertas tersuai kepada saiz yang mempunyai tinggi atau lebar yang berbeza daripada saiz standard sebanyak 0.25 mm atau lebih.
Jika anda mencetak dengan menentukan saiz kertas tersuai yang panjang mendatar, data cetak mungkin tidak boleh diputar dan sebahagiannya mungkin dipotong apabila mencetak. Jika ini berlaku, ubah ke saiz kertas tersuai yang panjang menegak dan cetak semula.
Jika anda disambungkan melalui USB, apabila anda membatalkan kerja cetak semasa pencetakan, data selebihnya masih boleh menjadi output.
Jika anda memilih saiz kertas tersuai dalam skrin tetapan cetak, beberapa fungsi yang telah ditetapkan mungkin tidak ditunjukkan dalam hasil cetakan. Fungsi yang boleh anda gunakan dengan saiz kertas tersuai sama dengan fungsi yang boleh anda gunakan apabila memilih [Tentukan Saiz Halaman/Output] untuk [Saiz Halaman] atau [Saiz Output] dalam helaian [Utama] skrin tetapan cetak.
Jika anda menggunakan fungsi pengesahan pengguna, sekiranya anda tidak menetapkan [Hadkn Krj Peranti Kwln Jauh tpa Pengesahn Pngguna] dalam panel kawalan peranti kepada HIDUP, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi pengesahan pengguna dengan betul. Juga, jika [Pengurusan ID Jabatan] ditetapkan kepada HIDUP dalam pemacu pencetak, pencetakan mungkin boleh dilakukan dengan menggunakan fungsi pengurusan ID jabatan walaupun [Pengesahan Pengguna] ditetapkan kepada HIDUP.
Jika anda mengubah nama pengguna yang ditetapkan dalam pemacu pencetak apabila melakukan pencetakan selamat, kerja cetak mungkin hilang bergantung pada peranti yang anda gunakan. Jika ini berlaku, tetapkan nama pengguna yang sama pada peranti dan pemacu.
Jika anda mencetak dengan [Tataletak Halaman] dan [Pencetakan Buku kecil] ditentukan secara serentak, jumlah sebenar halaman yang dicetak mungkin tidak ditunjukkan dengan betul dalam jumlah hasil bagi tataletak halaman yang dipaparkan dalam sejarah kerja, bergantung pada peranti yang anda gunakan.
Dalam tetapan cetak bagi fungsi pencetak lanjut, jika anda menukar [Keutamaan] > [Bahasa] dalam helaian [Sokongan/Peranti] dan menentukan bahasa selain daripada bahasa yang dipaparkan untuk sistem pengendalian, beberapa aksara mungkin tidak dipaparkan dengan betul.
Persekitaran yang disambungkan ke Internet diperlukan untuk melihat bantuan atau manual. Dalam persekitaran yang tidak disambungkan, anda boleh melihatnya selepas memuat turunnya dalam persekitaran yang boleh disambungkan.
Apabila mencetak pada kertas tab, jika anda mencetak pada saiz kertas berbeza daripada yang ditetapkan dalam [Saiz Kertas Tab] apabila [Ofset posisi pencetakan] didayakan dalam skrin [Tetapan Tab], pencetakan mungkin tidak boleh dijalankan dengan betul, memotong huruf dll.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pengendalian dll. tentang pemacu pencetak ini, hubungi wakil penjual sah atau pembekal perkhidmatan tempatan Canon anda. Selain itu, maklumat mengenai perisian boleh didapati di laman web Canon (http://www.canon.com/).
Microsoft, Windows, Excel dan PowerPoint adalah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
Produk dan nama syarikat lain di sini mungkin tanda dagangan bagi pemiliknya masing-masing.
Produk ini berdasarkan teknologi XPS Microsoft.
Hak Cipta © Microsoft Corporation. Hak cipta terpelihara. Kebenaran untuk menyalin, memaparkan dan mengedarkan dokumen ini tersedia di http://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=52493.
Produk ini berdasarkan teknologi Microsoft Print Schema. Anda boleh menemui terma dan syarat yang mana Microsoft melesenkan harta intelek tersebut di http://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=83288.
Copyright CANON INC. 2014